Macam biasa, kala hujung minggu lalu yg lapang, rasa macam nak menonton filem. Beratur menunggu giliran membeli tiket sambil mencongak filem apa yg nak ditonton. Akhirnya bila berada dikaunter tiket jam telah melewati 5 minit 12 tengahari, Tanya petugas, filem apa yg paling hampir ditayang..."Niyang Rapik"...masa 12.00 tengahari..oklah...mungkin masa lima minit tayangan iklan. Masih dapat seat beberapa baris dari belakang.
Cerita seram...my sister macam biasa...tengok sambil tutup muka...rugi beli tiket kalau tutup muka sepanjang tayangan filem. Kadag2 nampak dia tenguk dari celah2 jari je.
I menghayati panorama pemandangan alam semulajadi yg menjadi latar layar filem tersebut...memang cantik. Tasik Kenyir.........empangan, tunggul kayu yg beceracak dari permukaan air, tebing batu semulajadi, ada gua...ada rumah terapung di atas air atau mungkin boleh kata rumah rakit. Tentu seronok kalau dapat bercuti di .situ sambil duduk diberanda membaca novel..sambil berjuntai kaki kegigi air.tenang dan jauh dari kesibukan kota.
Filem mengisahkan lima rakan baik bekas graduan kaji purba yang pernah membuat kajian di Niyang rapik. Setelah balik ke Kota, salah seorang dari mereka iaitu Zack (Fizz fairuzz) ditimpa penyakit misteri hingga membawa maut. Bertitik noktah dari sini, mereka menjangka musibah ini mungkin disebabkan kesilapan rakan mereka terbawa balik salah satu barang purba yg dijumpa. lalu empat rakan karibnya iaitu Helmi, Saiful, Amir dan Zizan kembali semula ke Niyang rapik...dan bermula perjalanan..mereka dihantui pelbagai misteri...hingga membongkar misteri kematian laila (Lyana Jasmay). Lakunan Lyana Jasmay, Zed Zaidi, Fizz Fairuz, Awal Ashaari, Shaheizy Sam, Nasir Bilal Khan, Shahronizam Nor dan seorang lagi.
Not bad...lakunan pelakun2nya bagus.
Friday, March 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam hujung minggu sis..
ReplyDeleteSaya juga berminat mahu menonton "Niyang Rapik". Best tak sis? Apa lebih best dari Jangan Pandang Belakang?
Salam Iris,
ReplyDeleteLama tak bertemu.
Kalau dari segi seram, 'jangan pandang belakang" rasanya lebih seram.
Filem niyang rapik...lakunan pelakun2nya mantap, lokasinya cantik...
Boleh buat acara bulanan geng disining dan geng disinung bersinema kot?
ReplyDeleteNo problem. Nanti kita bawa bincang dalam miting bulanan kami hahaha...
ReplyDeleteeh jap...tengok sinema ke ..nak bersinema ni Sam...konpius jap
Salam Zue :-D
ReplyDeleteTeringat pulak gambar2 my husband during his fishing trips to Tasik Kenyir masa dia muda2 dulu. It is such a beautiful place, kan? Masa last trip sebelum datang ke sini dulu, kami balik dari Kuala Koh ikut jalan pintas ke Kuala Berang. What we saw of Tasik Kenyir is MasyaAllah! :-D
Anyway, thank you for sharing - dah lama tak tengok cerita seram - last agaknya a few years ago, cerita Nang Nak. Zue tengok tak? :-D
Salam Mia's Mom,
ReplyDeleteYa...I belum berpeluang ke tasik kenyir. tapi dari gambar2 yg dilihat, cerita kawan2...I yakin tasik Kenyir adalah salah satu destinasi yang indah :)
Cerita nang nak...memang seram habis...:)