Friday, March 5, 2010

Kaki Wayang: Niyang Rapik

Macam biasa, kala hujung minggu lalu yg lapang, rasa macam nak menonton filem. Beratur menunggu giliran membeli tiket sambil mencongak filem apa yg nak ditonton. Akhirnya bila berada dikaunter tiket jam telah melewati 5 minit 12 tengahari, Tanya petugas, filem apa yg paling hampir ditayang..."Niyang Rapik"...masa 12.00 tengahari..oklah...mungkin masa lima minit tayangan iklan. Masih dapat seat beberapa baris dari belakang.

Cerita seram...my sister macam biasa...tengok sambil tutup muka...rugi beli tiket kalau tutup muka sepanjang tayangan filem. Kadag2 nampak dia tenguk dari celah2 jari je.

I menghayati panorama pemandangan alam semulajadi yg menjadi latar layar filem tersebut...memang cantik. Tasik Kenyir.........empangan, tunggul kayu yg beceracak dari permukaan air, tebing batu semulajadi, ada gua...ada rumah terapung di atas air atau mungkin boleh kata rumah rakit. Tentu seronok kalau dapat bercuti di .situ sambil duduk diberanda membaca novel..sambil berjuntai kaki kegigi air.tenang dan jauh dari kesibukan kota.

Filem mengisahkan lima rakan baik bekas graduan kaji purba yang pernah membuat kajian di Niyang rapik. Setelah balik ke Kota, salah seorang dari mereka iaitu Zack (Fizz fairuzz) ditimpa penyakit misteri hingga membawa maut. Bertitik noktah dari sini, mereka menjangka musibah ini mungkin disebabkan kesilapan rakan mereka terbawa balik salah satu barang purba yg dijumpa. lalu empat rakan karibnya iaitu Helmi, Saiful, Amir dan Zizan kembali semula ke Niyang rapik...dan bermula perjalanan..mereka dihantui pelbagai misteri...hingga membongkar misteri kematian laila (Lyana Jasmay). Lakunan Lyana Jasmay, Zed Zaidi, Fizz Fairuz, Awal Ashaari, Shaheizy Sam, Nasir Bilal Khan, Shahronizam Nor dan seorang lagi.
Not bad...lakunan pelakun2nya bagus.