Sunday, May 3, 2009

Kaki Wayang : Jangan Tegur

Kita tenguk filem ni kira-kira 2 minggu yang lalu. Kita tenguk berdua dengan adik kita. Filem ini adalah hasil kerja kedua Pierre Andre selepas hasil kerja terdahulu "Jangan Pandang Belakang'. Oklah...tapi buat rugi tiket bawa adik kita...dia tak tenguk sangat..asik tutup muka je..isk...
Jangan Tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. So semasa dalam koma, Natasya sentiasa bermimpi mengenai seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. .Kerana naluri ingin tahu, natasya dalam ragu-ragu dan takut ini pun menyiasat....rupa-rupanya Baizura mati kerana dibunuh oleh Mak Usu (kalau tak silaplah) lakunan Ellie sebab tamakkan harta peninggalan opah Baizura ni.


Ada scene rasuk-rasuk...ada scene yang last tu hantu tu cuba menggoda ustaz yang datang nak mengubat Natasya...:)


FILEM: JANGAN TEGUR
Pelakon: Nadia Mustafar, Ellie Suriati, Almy Nadia, Pierre Andre, Julia ZieglerPengarah: Pierre Andre Dibawakan oleh: Metrowealth

Semalam pulak, kita tenguk Paul Blart...kisah polis Mall...nanti lain kali lah kita blog filem yang yang ini

8 comments:

  1. kita dah lama tak tengok cerita melayu kat panggung. sebabnya - tiap-tiap hari dapat tengok adegan drama dan cerita melayu kat merata tempat ;)

    ReplyDelete
  2. Untunglah awak..tiap2 hari tengok citer pree..kih..kih..kih..

    ReplyDelete
  3. Salam Zue,

    OK, I tak tegur (:-D).

    ReplyDelete
  4. Salam Mia's Mom

    :)..:)...asalkan jangan pandang belakang...heheh

    ReplyDelete
  5. Kalau tengok cite ni takut tak leh tido...saya ni penakut banget...

    ReplyDelete
  6. Kalau macam tu...kena tengok filem2 yang bukan filem seram sajalah...:)
    Jom tenguk filem kartun/animasi Ice Age...

    ReplyDelete
  7. salam..happy mother day...may ALLAH bless u

    Mother love is the fuel that enables a normal human being to do the impossible. ~Marion C. Garretty

    ReplyDelete
  8. salam....terima kasih...:)

    ReplyDelete