Pohon-pohon kurma ini dirakam ketika saya berpeluang menziarahi Kota Madinah. Pada masa itu, pohon-pohon kurma ini sedang berbuah lebat tapi belum cukup matang untuk dipetik/dikait. Jadi pada lawatan kali ini, saya tidak berpeluang memetik buah-buah kurma seperti lawatan-lawatan ke kebun buah-buahan yang lain sebelum ini. Namun saya bernasib baik kerana tuan punya kebun atau pekerja nya begitu baik memberikan saya beberapa tangkai buah kurma muda sebagai cenderahati. Oleh kerana buah kurma tersebut masih muda dan hijau, jadi rasanya agak kelat. Namun habisnya juga buah-buah kurma muda itu saya makan. Melihatkan demikian, saya diberi lagi beberapa tangkai kurma muda...balik ke hotel...jenuh juga nak menghabiskan buah-buah kurma yang muda tu..hehehehe....
Monday, April 27, 2009
Pohon Kurma di Padang Pasir

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aiwahhh....ente makan kurma hati-hati llah. Nanti takut tertelan biji, terbeliak biji mata ente.
ReplyDeleteAna tumpang gembira llah ente dapat pergi sana, tapi ana tidak gembira sebab ente tak ajak ana sekali llah.
Lain kali jangan lupa ya ente ajak ana sama ana punya habibi.
DrSam..hahaha...ana tak tau nak cakap apa...hehehe..
ReplyDeleteNanti lain kali kalau ana pergi mana-mana, ana akan inform ente, kalau-kalau ente sama ente punya habibi mau join sekali...hehehe...
Alamak, saya ni termasuk blog cerita P.Ramlee 'Ali Baba Bujang Lapok' ke?
ReplyDeleteSalam Zue (:-D),
ReplyDeleteSaya pernah rasa kurma muda ni - Ibu saya bawa masa balik dari sana. Tapi yang segar dari ladang ni tentu lagi sedap ya? (:-D)Yang tukang bagi kurma muda tu handsome tak? Hehehe....
Puspawangi ...dalam pilem ni jadi heroin citer ....hehehehe...:)
ReplyDeleteMia's Mom...
ReplyDeleteSebab yang tukang bagi kurma tu handsome lah.. saya boleh habiskan makan setangkai kurma muda yang kelat tu...hihihi....